Setiap rumah menggunakan elektrik, tapi dari mana datang nya elektrik ni.
So, sy akan cerita perkara asas bagi elektrik untuk semua faham dan menambah pengetahuan tentang elektrik ini
Elektrik bermula dari POWER PLANT --->PENCAWANG ----> Residental/Rumah
fungsi power plant - ialah tempat producing power elektrik. Disnilah tempat elektrik dijanakan. Manakala pencawang - ialah tempat suis dan step down voltage utuk di supply ke rumah
Sebenarnya dia punya flow banyak lagi, tapi saya tak mahu tulis panjang2 nanti pening pulak untuk faham sebab ia terlalu teknikal. Untuk yang lebih in-depth lagi nanti saya akan elaborate lain hari. saya rasa flow diatas dah cukup untuk sesorang tu faham basic electrical supply.
ok , untuk residential/rumah dia ada dua jenis supply di malaysia ni, iaitu
1) 3 phase - dia punya rating (415V/50Hz)
2) 1 phase - dia punya rating (230V/50Hz)
Apa sebab apa dan beza ada 3 phase dan 1 phase
1) Penggunaan Load.
-3 phase load besar .biasanya rumah besar2 la. banglo dan lain2
-1 phase load kecil sikit. rumah kecik macam flat ,apartment, teres biasanya pakai ini
2) Jumlah cable incoming
-3 phase = 4 incoming cable dari TNB
- 1 phase = 2 incoming cable dari TNB
Cable yang dari pencawang tu akan pergi ke meter. and then baru masuk ke DB (kotak suis) di dalam rumah. DB (kotak suis) rumah ini la yang akan mengawal segala wiring dan keselamatan penggunaan elektrik dalam rumah.
Rule of Thumb
Untuk single phase- ada 3 cable yang akan masuk DB
-satu cable Live (Dari TNB)
-satu cable Neutral (Dari TNB)
-satu lagi cable ialah cable earthing( ini setiap rumah ada sendiri dia punya cable earth. biasanya developer buat)
sila lihat sketch dibawah untuk lebih faham.
Untuk 3 phase - ada 5 cable yang akan masuk DB
- tiga cable live (dari TNB)
- satu cable neutral (Dari TNB)
- satu lagi cable ialah cable earthing (ini setiap rumah ada sendiri dia punya cable earth. Biasanya developer buat)
sila lihat sketch dibawah
Untuk 3 phase ini dia spesial sikit sebab ada 3 cable live . Setiap cable ini mempunyai phase yang berbeza. So setiap cable kena bezakan atau indicate setiap cable.
normally orang akan indicate Red, Yellow,Blue. Tapi dia depend la, ada yang indicate (L1,L2,L3),(X,Y,Z) dan (u,v,w)
The end. Terima kasih
The end. Terima kasih
Disclaimer : This writing is for Education purpose.The author is not responsible for any misguidance or misconduct from this writing